Search This Blog

The Time

Monday, 27 June 2011

PELAJARAN

sekian lama menyepi....banyak pekara sudah berlaku....aku akan bertolak ke perak pade hari khamis nie.....aku akan menyepi bersame blog nie untuk sekian masa yang aku masih x pasti....tapi..
aki berjanji yang aku akan tetap post kan cerita2 terbaru aku..
aku dterima untuk melanjutkan pelajaran aku dalam bidang hospitality...
smoge aku berjaya menghabiskan pembelajaran aku d sana...


seterusnya mencurahkan bakti aku kpd negara.....

Tuesday, 7 June 2011

HUJAN SEBELUM PELANGI


Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.
Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? 
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Jawabnya senang.
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. 
Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

MENGAPA ADA ISTILAH BOSAN??


"Bosan la begini, asyik buat benda sama je."
"Amirul, keluar jom. Bosan la lepak rumah."
Kalimah 'bosan' seringkali digunapakai dalam kehidupan manusia sekarang untuk menggambarkan perasaan seseorang yang jemu dengan cara hidup yang dihadapi.
Tetapi, hakikatnya kalimah 'bosan' itu hanya wujud dalam kamus hidup manusia yang kosong jiwanya, malah lebih teruk manusia yang menjadi hamba kepada budaya hedonisme. Hidup terasa kosong apabila tiada hiburan yang melalaikan menjadi teman.
"Bosannya, internet buat hal la pulak. Banyak la notification nanti tak terbalas."
"Ala, hujan lagi. Sekejap lagi mula la astro buat hal. Melepas tengok Jozan buat lawak."
Bagi mereka yang kaya jiwanya, mereka akan terus sibuk dan sibuk mengimbangi amalan dunia dan bekalan di akhirat sehingga masa yang ada bagaikan tidak mencukupi bagi mereka. Seringkali mereka berjuang menggunakan setiap detik waktu yang masih bersisa mengabdikan diri kepada Tuhan.
Ingatlah, setelah dilahirkan ke dunia, kita diamanahan dengan misi yang penting. Kitalah hamba, dan kita jualah pemimpin.
Firman Allah: 
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." [al-Baqarah : 30]
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. [al-Dhariyat : 56]
Dua misi ini yang akan terus membuatkan kita berasa sibuk dan terus sibuk, sehingga kita tidak punya masa untuk merasa bosan dalam hidup. Berusahalah menghapuskan perkataan 'bosan' dalam kamus kehidupan seharian kita dengan mengabdikan diri kepada Allah dan mengimarahkan bumi Allah dengan menjadi khalifah yang soleh dan solehah. Insya-Allah..

PLKN

haaa...ble tjuk pasal PLKN....banyok cite lawok nie...ari tu awal tahun aku d tawar kan untk mengikuti PLKN nie...kat negeri aku...
mase awal2 masuk tu....memang gile...bosan,borink gle2...
aku da set da yg PLKN nie xbest n ntah ape2...then...
lps sminggu aku mule suke...aku mse kat umah ag...aku set nk g PLKN nie hanye nk isi mase tluang aku n buat smua aktiviti lasak...
pejam celik2....da tinggal minggu last...mse tu sdey gle2...bayangkan....banyak kawan yg kite jumpe...susah senang bersame...akhirnye nk bpisah....hmmm...tp ade suatu yang bt aku tergelak sorang2....minggu last tu ade jurulatih edarkan borang kaji selidik tentang PLKN...dieorg nk kaji mcm mane kesan program nie...then soalan last dlm borang tu,,,,ialah CADANGAN...aku dan kawan2 aku set....cadangan2 yg kami tulis ialah.....PANJANGKAN TEMPOH LATIHAN,BANYAK KAN AKTIVITI LASAK,JURULATIH KNE KETAT LG,PERATURAN KNE KETAT...MCM2 R,,,,sbb aku n the geng tau...bg cadangan pown..last2...owg laen akan rase,,,kan3...


then....takdi aku sedang bkerje...aku dgr berite....
KERAJAAN AKAN PANJANGKAN TEMPOH PLKN SELAME 6BULAN.,........
aku jadi gelak sorg2,,,,ad geng2 aku yg msuk blajar awal...jd tangguh PLKN....macam mane ek korang....


hehehehehehehe.....sory2....

Thursday, 2 June 2011

surat seorang awek bernama Tijah kpade pakwenyer mat saleh..

hahahahaha...

UJIAN Allah kepada hambaNya...

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Datin Seri Rosmah bertanya khabar kepada mangsa tanah runtuh, Mohd Syafiq Ibrahim (duduk kerusi roda), dan Mohd Harris Izzudin (atas katil), semasa lawatan ke Hospital Ampang. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Datin Seri Rosmah bertanya khabar kepada mangsa tanah runtuh Muhammad Alaudeen Safri semasa lawatan ke Hospital Ampang. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
PEMANDANGAN bahagian dalam bangunan lokasi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat yang rosak teruk dengan dipenuhi tanah dan batu daripada sisa runtuhan. - Foto Zulfadhli Zulkifli
PENDUDUK kampung membantu mengusung seorang penghuni yang cedera dalam kejadian tanah runtuh menimpa mangsa Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto BERNAMA
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bekerjasama dengan penduduk kampung dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto BERNAMA
PASUKAN penyelamat mengeluarkan mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Aizuddin Saad
PASUKAN penyelamat mengeluarkan mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Aizuddin Saad
PERGERAKAN tanah kelihatan ketika hujan lebat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah 

Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Yazit Razali
MANGSA tragedi tanah runtuh dihantar ke Hospital Ampang. - Foto Yong Chee ChoongMANGSA tragedi tanah runtuh, Mohd Khairul Annuar, 9, dihantar ke Hospital Ampang. - 

Foto Yong Chee ChoongPASUKAN penyelamat mengusung mangsa yang berjaya dikeluarkan dari timbunan 

tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung 

Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Rosli Rahmat
SUASANA hiba ketika melihat jenazah rakan mereka yang terbabit dalam tragedi tanah 

runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa. - Foto Rosli Rahmat
SUASANA hiba selepas melihat jenazah mangsa tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan 

Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa. - Foto Rosli Rahmat
MANGSA kejadian tanah runtuh diselamatkan. - Foto Aizuddin Saad
KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, 

Kajang, dalam kejadian tanah runtuh, hari ini. Laporan awal sebelum ini menyebut, 

kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam 

kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi. - Foto Yazit Razali
kejadian seperti ini da banyak kali berlaku...kita kena lah luangkan sejenak masa kita untuk fikirkan knape smua nie berlaku...Allah mempunyai sebab2 Nye yg x terjangkau fikiran kita untuk memikirkan nya..maka haruslah kita sama2 merenung segala ujian dan dugaan dari Illahi ini...