Search This Blog

The Time

Sunday, 15 May 2011

SELAMAT HARI GURU UNTUK GURU2 KU


Assalamualaikum,
Buat guruku, aku sertakan juga buat para guru yang menjadi pejuang ilmu biar di mana pun kalian berada. Aku menukilkan kata ini hanyalah untuk berterima kasih, atas segala keringat yang kalian bazirkan hanya untuk membuatkan aku kenal apa itu alif, ba, dan ta. Juga kerana keringnya tekakmu akibat menjerit namaku yang sering menyelinap keluar apabila tiba giliran membaca sajak.
Aku selalu terkenang akan kebodohanku yang tidak mampu mengingati 1 + 1. Betapa lembapnya otakku berputar saat itu. Terima kasih kerana membuka empangan akalku dengan memulas telingaku yang berdaki ini. Masihkah kau ingat, bila aku dan rakan-rakan ditangkap mencuri buah rambai di belakang sekolah? Berbirat punggung kami kau hadiahkan pangkat dari rotan panjangmu. Lalu kami panjangkan permusuhan antara kita dengan letupan mercun di belakang rumahmu. Sekalipun begitu kami berdendam, kesakitan ini juga yang memperkenalkan kami baik buruk kehidupan. Aku amat menyedarinya.

No comments:

Post a Comment